HARGA SUBSIDI DIESEL DAN PETROL RON95 KEKAL MELALUI SKDS DAN SKPS BAGI KENDERAAN SEKTOR PENGANGKUTAN AWAM DAN BARANGAN TERPILIH

29 Mac 2026
(Info Ringkas)

Di sebalik tekanan inflasi global dan lonjakan harga minyak mentah ekoran konflik Asia Barat, Kerajaan tetap mengekalkan struktur harga subsidi bagi sektor pengangkutan terpilih melalui inisiatif Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS)

Melalui SKDS dan SKPS, harga bahan api bagi kenderaan pengangkutan awam dan barangan terpilih dikekalkan pada kadar subsidi melalui penggunaan fleet card. 💳🚛

✅Diesel (Pengangkutan Barangan): RM2.15/liter
✅ Diesel (Pengangkutan Awam): RM1.88/liter
✅ Petrol RON 95 (Pengangkutan Awam/Barangan terpilih): RM2.05/liter

Langkah ini penting bagi memastikan kos operasi pengangkutan tidak melonjak, sekaligus mengawal harga barangan dan perkhidmatan demi kesejahteraan kita semua

Semak senarai kenderaan anda melalui portal https//mysubsidi.kpdn.gov.my dan pastikan anda layak mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *