MAIPs peruntuk RM437,345 kepadaNazir Sekolah Agama MAIPs

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
1 APRIL 2026

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM437,345
kepada Nazir Sekolah Agama MAIPs bagi tahun 2026 ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyerahkan simbolik cek cura tersebut kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Maizura Shamsuddin di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ketua Unit Agihan Zakat MAIPs, Muhammad Najdi Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda bertitah mengingatkan bahawa dalam dunia yang semakin mencabar dan tidak menentu, institusi agama seperti MAIPs perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia, peka terhadap perubahan semasa, serta mampu bertindak dengan bijaksana, pantas dan tepat pada masanya.

Justeru, MAIPs akan terus memperkukuh keupayaan institusinya agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan demi kepentingan agama dan Ummah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *