PMX terima kunjungan Presiden, Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Infrastructure Investment Bank bersama delegasi

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
2 APRIL 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Zou Jiayi, bersama delegasi.

Beliau berkata dalam pertemuan ini antaranya membincangkan agenda pembangunan mampan, meliputi peralihan tenaga hijau serta pemerkasaan infrastruktur digital dan teknologi termaju.

“Saya menekankan keutamaan Kerajaan sebagaimana digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), yang antaranya memberi fokus kepada pemerkasaan tenaga boleh baharu, peningkatan kecekapan tenaga, serta pembangunan ekosistem digital yang berdaya saing dan inklusif,” kata beliau dalam hantaran di FB.

ASPEK PELABURAN SWASTA

Sehubungan itu, kata Anwar dalam aspek pelaburan swasta dan integrasi ekonomi serantau, beliau menyambut baik komitmen AIIB untuk terus memperkukuh peranan dalam merancakkan pelaburan strategik di Malaysia, khususnya dalam sektor bernilai tinggi dan berimpak besar.

Beliau berkata kerajaan lol akan terus memastikan ekosistem pelaburan negara kekal kondusif, berdaya saing dan berintegriti.

Di samping itu kata Anwar akan terus memperkukuh asas ekonomi domestik agar Malaysia kekal stabil, kukuh dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran serta ketidaktentuan geopolitik semasa. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *