π‡πˆπŒππ”ππ€π ππ„ππƒπ„πŠπ€π‘ πŒπ€πƒπ€ππˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆: πŒπ„πŒππ”π†π€π‘ π’π„πŒπ€ππ†π€π“ πŠπ„ππ€π‡π‹π€π–π€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 π‰π€π“πˆ πƒπˆπ‘πˆ 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

KUANTAN, 3 April 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa sesuatu bangsa tidak akan mencapai keagungan tanpa memahami sejarahnya sendiri. Semangat kepahlawanan yang diwarisi menjadi asas penting dalam membentuk jati diri dan kekuatan bangsa.

Menurut beliau, Pendekar MADANI bukan sekadar simbol luaran, tetapi manifestasi warisan perjuangan menentang penjajahan dan kezaliman. Ia mencerminkan keberanian, maruah serta penolakan terhadap segala bentuk penindasan.

YAB Perdana Menteri turut menekankan bahawa penjajahan bukan sahaja berlaku secara fizikal, tetapi turut meresap dalam pemikiran sehingga melemahkan semangat rakyat. Justeru, generasi masa kini perlu bangkit dengan kesedaran sejarah dan mempertahankan nilai kemerdekaan sebenar.

Beliau menjelaskan bahawa kemerdekaan yang sebenar menuntut keberanian menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan sesama sendiri. Dalam hal ini, peranan anak muda amat penting sebagai tonggak perpaduan dan penggerak kebangkitan bangsa.

Tambah beliau, pembentukan Pendekar MADANI harus berteraskan keyakinan, disiplin serta akhlak yang tinggi. Semangat perjuangan yang berlandaskan nilai agama dan jati diri perlu terus diperkukuh bagi memastikan martabat bangsa terus terpelihara.

Foto oleh: Muhammad Firdaus bin Roslan dan Nurul Intan Syafina binti Mohamad (UKK JPM)

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Pejabat Perdana Menteri Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *