LIPUTAN HARI PERTAMA RERUAI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) PERAK 2026

IPOH, 3 APRIL 2026 – Suasana meriah jelas terasa pada hari pertama Program MADANI Rakyat (PMR) Perak 2026 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh, dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak pagi tadi.

Reruai KDN tampil menawarkan pelbagai perkhidmatan dan tarikan menarik kepada rakyat, antaranya pameran aset Polis Diraja Malaysia (PDRM), Program Jom Exchange Al-Qur’an (JEQ), perkhidmatan Bas MEKAR oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi urusan kad pengenalan serta sijil kelahiran dan kematian, Perkhidmatan Mobilisasi Rawatan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT AADK), khidmat gunting rambut percuma oleh RELA serta jualan produk SUKA oleh AADK dan produk MyPride oleh Jabatan Penjara Malaysia. Turut mencuri tumpuan ialah kuiz interaktif Kahoot yang disediakan di reruai KDN dengan peluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Orang ramai dijemput untuk terus mengunjungi reruai KDN sepanjang program berlangsung dari 3 hingga 5 April 2026 dan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan secara terus, pantas dan mesra.

Moh le kome, kite meriahkan sama-sama!

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *