KENYATAAN MEDIAJABATAN PENJARA MALAYSIA

PENJARA BEKERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS KESAN ORANG
KENA TUDUH (OKT) LARI DARI TAHANAN

10 April 2026

Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa seorang Orang Kena
Tuduh (OKT) telah meloloskan diri daripada kawalan pihak Polis selepas
selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.

Kejadian yang berlaku pada 9 April 2026 (6 petang ) di perkarangan
Penjara Sungai Buloh ketika dalam proses penghantaran OKT.

Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT
tersebut.

Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi
keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini.

Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus memastikan keselamatan
tahanan dan orang awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil
tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran prosedur.

JABATAN PENJARA MALAYSIA
10 APRIL 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *