




10 April 2026
Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini.
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, Ampang, Selangor.
PMX berkata khutbah hari ini mengingatkan kita bahawa amalan ziarah bukan sekadar tradisi bermusim, tetapi satu tuntutan murni yang menuntut keikhlasan hati serta penghayatan adab yang sebenar.
Jelas PMX lagi, jemaah diingatkan, walaupun kini berada di pertengahan Syawwal, semangat ziarah-menziarahi wajar terus disuburkan sebagai wahana memperkukuh silaturahim, menyemai kemaafan, dan merapatkan hubungan kekeluargaan serta persahabatan.
Usai solat Jumaat, beliau turut menyertai para jemaah menunaikan solat hajat, memohon kesejahteraan negara khususnya dalam mendepani cabaran krisis tenaga global yang kian meruncing, sebelum kembali ke pejabat bagi meneruskan tugasan rasmi seterusnya.
