
15 April 2027
Bermula hari ini pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) telah dimulakan di sektor awam dan GLC sebagai langkah memastikan kesinambungan operasi dalam menghadapi krisis tenaga global.
Bagi sektor swasta, Kerajaan menggalakkan pelaksanaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) sebagai pendekatan proaktif untuk bersama-sama mendepani krisis tenaga global, di samping memperkukuh daya tahan perniagaan serta menjaga kesejahteraan pekerja.
Dengan langkah ini, pekerja boleh memohon kepada majikan untuk bekerja secara fleksibel, sama ada dari segi waktu bekerja, hari pekerja, atau tempat bekerja (bekerja dari rumah).
Melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah menyediakan pelbagai sokongan dan bantuan kepada majikan. Untuk maklumat lebih lanjut, majikan boleh menghubungi TalentCorp melalui e-mel, flexworklife@talentcorp.com.my atau melayari www.flexworklife.my.
