
16 April 2026
Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa sebagai delegasi Sidang Kemuncak Keamanan Global 2026, yang diadakan di Paris, Perancis, baru-baru ini.
Azeem Dzakwan Noordin telah dipilih sebagai delegasi Partially Funded pada sidang kemuncak itu, sekali gus menjadi wakil tunggal Malaysia dalam kalangan peserta dari lebih 60 negara.
βBertemakan βYouth as Architects of Global Peaceβ, program itu menghimpunkan pemimpin muda, pembuat dasar dan pejuang keamanan untuk berdialog mengenai cabaran global serta penyelesaian mampan.
