


Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
16 APRIL 2026
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan ketibaan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese yang memulakan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat.
Beliau berkata Albanese dan delegasi diberi sambutan rasmi termasuk pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
“Insya-Allah, lawatan ini akan terus memperkukuh usaha diplomatik dalam meredakan ketegangan serantau, di samping memastikan kelangsungan laluan perdagangan antarabangsa serta kestabilan rantaian bekalan tenaga demi kesejahteraan bersama,” kata Anwar dalam hantaran di FB.
Beliau berharap semoga lawatan ini membuka lembaran baharu dalam mempererat hubungan Malaysia–Australia ke tahap yang lebih dinamik dan bermakna. – JM
