Malaysia pergiat usaha bawa pulang baki anak Kapal Berkat Tuah terkandas – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
15 APRIL 2026

Malaysia mempergiat usaha bagi memastikan baki anak Kapal Berkat Tuah yang masih terkandas di Pelabuhan Hamriyah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dapat segera dibawa pulang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam hantaran di FB semasa bertemu dengan Muhammad Kamal Idhamuddin Kamal Arifin, salah seorang rakyat Malaysia bersama rakan-rakan kru Kapal Berkat Tuah yang teekandas di pelabuhan berkenaan sejak tujuh bulan lalu.

Beliau menyifatkan pertemuan dengan Muhammad Kamal Idhamuddin benar-benar menyentuh hati dan nurani.

Beliau mendoakan agar Muhammad Kamal Idhamuddin dan semua kru terus diberikan kekuatan dan ketabahan.

“Alhamdulillah, dengan ikhtiar berterusan serta kerjasama erat Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di UAE dan agensi berkaitan, beliau bersama rakan-rakan akhirnya dapat dibawa pulang ke tanah air dengan selamat,” kata Anwar.

Beliau berkata kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia, walau di mana jua mereka berada, kekal menjadi amanah dan keutamaan Kerajaan MADANI. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *