
PUTRAJAYA, 19 April โ Bantuan asas dan penempatan sementara akan disediakan untuk penduduk terjejas kebakaran di Kampung Bahagia di sini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha penyelarasan sedang dilaksana kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Sabah.
โSaya terkesan menerima laporan kebakaran yang memusnahkan ratusan rumah penduduk kampung.
โKeutamaan kini adalah keselamatan penduduk terjejas serta bantuan segera di lapangan,โ katanya menerusi hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, Ketua Zon 6 Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jasri Ab Jal berkata, hampir 1,000 rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
Ia menjejaskan lebih 900 ketua isi rumah (KIR).
Setakat laporan ini diterbitkan, operasi pemadaman masih dijalankan, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.
