


20 April 2026
ShahAlam : Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Sambutan Jubli Perak bersempena dengan 25 Tahun Pemerintahan baginda dilaksanakan secara sederhana dengan mengurangkan beberapa program telah diatur.
Titah baginda, keputusan tersebut dibuat selepas berunding dengan Ahli Dewan di-Raja Selangor, mengambil kira keadaan ekonomi global tidak menentu ketika ini, yang turut memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat.
โBeta menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah kerana mengurniakan beta peluang untuk terus berkhidmat kepada negeri dan rakyat Selangor sepanjang tempoh ini. Masa berjalan dengan begitu pantas dan tidak semua pemerintah yang sempat sampai selama tempoh 25 tahun pemerintahan.
โBeta mengambil maklum bahawa peruntukan telah disediakan oleh kerajaan negeri, namun melihat kepada kegawatan ekonomi dunia sekarang hingga tempiasnya dirasai negara kita dan memahami kesusahan terpaksa ditanggung sekalian rakyatโฆmaka beta membuat keputusan agar sambutan Jubli Perak dilaksanakan secara sederhana dan tidak berlebihan,โ titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 tahun 2025 di Dewan Negeri Selangor hari ini.
Sumber : BERNAMA
