



PUTRAJAYA, 20 APRIL 2026 โ Menteri Ekonomi
Akmal Nasrullah Haji Mohd Nasir,
hari ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Ekonomi
bagi bulan April 2026, antara lain telah mengumumkan Portal PADU yang telah
ditambah baik dengan naratif dan halatuju baharu boleh diakses oleh orang awam.
Manakala bermula bulan Mei 2026, Kementerian Ekonomi akan mula menawarkan
perkhidmatan analitik data PADU (Analytic-as-a-Service) kepada agensi kerajaan
menerusi portal analitik PADU.
Perkhidmatan ini membolehkan agensi kerajaan
melaksanakan analisis sosioekonomi yang lebih mendalam bagi menyediakan
program sosioekonomi yang dapat memenuhi keperluan rakyat dan seterusnya
mempertingkat kesejahteraan rakyat.
PADU PLATFORM MAKLUMAT
Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai platform tunggal maklumat
profil individu dan isi rumah di Malaysia telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Jemaah
Menteri bertarikh 3 November 2023.
Pembangunan PADU melibatkan kerjasama
antara Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Digital
Negara.
Asas pembangunan PADU adalah pengintegrasian data daripada pelbagai agensi
dengan maklumat yang dikemas kini oleh rakyat.
Seramai 10.5 juta individu
warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun telah mengemas kini maklumat
di portal PADU pada 2 Januari hingga 31 Mac 2024.
Sehingga April 2026, PADU mengandungi sejumlah 30.7 juta profil sosioekonomi
warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, hasil daripada pengintegrasian
secara berterusan dengan pelbagai agensi.
Dengan keupayaan pengintegrasian ini,
rakyat tidak perlu lagi mengemas kini maklumat di portal PADU.
Keterangkuman dan ketersediaan data membolehkan PADU menyediakan
Perkhidmatan Profil (Profile-as-a-Service); Perkhidmatan Analitik (Analytics-as-a-
Service); Perkhidmatan Data (Data-as-a-Service); dan Perkhidmatan Platform
Penyatuan Data (Unified Data Platform) untuk dimanfaatkan oleh agensi kerajaan.
Bermula tahun 2025, Kementerian telah menyediakan perkhidmatan profil dan data
kepada agensi kerajaan selaras dengan perundangan dan peraturan semasa yang
berkuatkuasa.
Sehingga Mac 2026, sebanyak 26 permohonan daripada agensi
kerajaan telah diluluskan.
Antara kegunaan data adalah perancangan dasar, reka
bentuk program serta semakan dan verifikasi maklumat. Penggunaan data PADU oleh
agensi kerajaan dijangka akan meningkat selaras dengan usaha ke arah kerajaan
berpacukan data (data-driven government).
Seiring dengan ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan, kebergantungan
kepada data yang bersepadu, konsisten, selamat dan boleh dipercayai menjadi
semakin penting dalam menyokong pembuatan keputusan kerajaan.
Oleh itu, PADU
kini berfungsi sebagai back-end kepada perkhidmatan kerajaan melalui penyediaan
repositori profil sosioekonomi rakyat yang terangkum dan menghampiri masa nyata.
Dalam soal keselamatan data, PADU telahpun didaftarkan sebagai aset di bawah
Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), selaras dengan Akta Keselamatan Siber
- Dalam hal ini, sebanyak sembilan (9) bidang tumpuan akan menjadi keutamaan
iaitu; reformasi pendidikan; reformasi kesihatan; reformasi pasaran buruh; reformasi
perumahan; peningkatan tahap sosioekonomi golongan sasar; pengukuhan
keselamatan dan pertahanan; persediaan menuju negara tua; pemantapan
pengurusan bencana dan pemerkasaan GovTech ke arah pembaharuan
perkhidmatan kerajaan.
