KDN METERAI KONTRAK PEROLEHAN MPMS 2, PERKUKUH KEUPAYAAN KESELAMATAN MARITIM NEGARA

PUTRAJAYA, 21 April 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Kontrak Perolehan Satu Buah Multi Purpose Mission Ship Kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keupayaan keselamatan maritim negara.

Majlis ini turut disaksikan melibatkan kerjasama dengan syarikat Desan Shipyard dari Turkiye bernilai USD83.75 juta. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan bermula 1 Februari 2026 hingga 31 Januari 2028.

Perolehan aset strategik ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) Rolling Plan Kelima (RP5) Tahun 2025 selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.

Dalam perkembangan berkaitan, pembinaan MPMS pertama menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan kemajuan hampir 69 peratus mendahului jadual asal. Sehubungan dengan itu, KDN optimis kedua-dua kapal ini mampu disiapkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.

Selain mempertingkat keupayaan operasi APMM, kerjasama ini turut memperkukuh hubungan strategik antara Malaysia dan Turkiye dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *