Agong perkenan lantik Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu – KSN

Wartawan JM
25 APRIL 2026

Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim telah perkenan lantik Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, semalam.

“Ia selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM atau Akta 694,” kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata kerajaanberkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *