Malaysia kini menjadi tumpuan dengan lebih 160 ribu pelajar antarabangsa mendaftar

28 April 2026

Meskipun Malaysia kini menjadi tumpuan dengan kehadiran lebih 160,000 pelajar antarabangsa, kejayaan ini tidak wajar diukur semata-mata pada angka, tetapi pada keupayaan kita melahirkan insan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara ini telah ditekankan ketika Majlis Temu Anwar dan Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Universiti UCSI, dan menggesa agar universiti di negara ini terus memperkukuh mutu dan integriti, agar benar-benar layak diangkat sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dan disegani.

Beliau berkata, justeru itu tanggungjawab negara bukan sekadar menarik pelajar luar atau berbangga dengan statistik kehadiran pelajar antarabangsa yang tinggi dalam kalangan negara ASEAN, tetapi yang lebih utama ialah memastikan kualiti insan yang kita bangunkan seiring dengan aspirasi negara.

” Tatkala negara memacu pertumbuhan teknologi baharu, kita tidak boleh sama sekali mengabaikan dimensi kemanusiaan. Nilai, etika dan akhlak mesti terus dijadikan teras, agar kemajuan teknologi dapat diseimbangkan dengan pembinaan sahsiah yang utuh dan berjati diri, ” kata PMX dalam perkongsian di laman media sosial hari ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *