IMPAK KRISIS BEKALAN GLOBAL: KDN TERUS BERTINDAK TEGAS & BERSEPADU

5 Mei 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesiapsiagaan penguatkuasaan dalam mendepani cabaran krisis bekalan global, bagi memastikan keselamatan bekalan negara sentiasa terjamin dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi.

💬 “KDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan bekalan negara sentiasa terjamin.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.

Pencapaian operasi terkini menunjukkan keberkesanan tindakan bersepadu:
🔹 RM2.08 juta rampasan harian
🔹 RM2,281.72 rampasan Ops Tiris (Sabah)

Impak kumulatif (12 April – 2 Mei):
🔹 RM23.19 juta nilai rampasan
🔹 128 kes direkodkan
🔹 133 tangkapan dilaksanakan
🔹 263 tangkapan keseluruhan melibatkan pelbagai operasi

Rampasan aset turut melibatkan:
🔹 22 kenderaan, 3 bot dan 48 telefon bimbit

Pendekatan Smart Enforcement diperkasa melalui:
✔️ Pemerkasaan teknologi pengesanan maritim (AIS)
✔️ Peningkatan rondaan maritim di zon sensitif
✔️ Integrasi risikan merentas agensi (PDRM–APMM–JIM)

KDN kekal komited memastikan setiap ancaman ditangani secara tegas, bersepadu dan berteknologi tinggi demi melindungi keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.

📞 Laporkan aktiviti mencurigakan:
MKN: 03-8888 2010 | MyGCC: 03-8000 8000

Sumber: KDN

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *