PH-UMNO sepakat kekal Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan

6 Mei 2026

Kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan kekal diteruskan selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan di Kompleks Sri Perdana, hari ini.

Keputusan itu dibuat menerusi Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, melibatkan Biro Politik UMNO dan PH, bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Dalam kenyataan bersama, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa kedua-dua pihak turut menghormati pendirian yang telah diputuskan oleh kepimpinan masing-masing berhubung isu di Negeri Sembilan.

Selain itu, sebarang keputusan kerajaan negeri yang berpotensi menimbulkan sensitiviti atau perselisihan akan dirujuk terlebih dahulu kepada majlis perundingan berkenaan bagi mengelakkan konflik.

Sumber Berita BERNAMA

NegeriSembilanKiNi

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *