๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ, ๐Ÿณ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ – Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu telah mendakwa seorang majikan warganegara Malaysia atas kesalahan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk atau tinggal di premis. Pendakwaan dikendalikan oleh Unit Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu di hadapan YA Puan Nazlyza binti Muhammad Nazri.

Bagi kesalahan tersebut, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap majikan terbabit.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus komited melaksanakan pendakwaan secara tegas terhadap mana-mana majikan, pemilik atau individu yang melanggar peruntukan undang-undang imigresen demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *