
13 Mei 2026
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim tela mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang meneliti beberapa cadangan dan inisiatif penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta daya tahan ekonomi negara sepanjang krisis bekalan global.
Menurut PMX antara yang dibincangkan adalah cadangan pengurangan kadar sewa premis di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).
‘” Saya tegaskan bahawa lebih banyak PBT di seluruh negara perlu melaksanakan inisiatif ini bagi membantu meringankan beban penjaja dan peniaga kecil yang terhimpit dengan peningkatan kos operasi.
” Kerajaan MADANI telah memulakan pengurangan kadar sewa premis penjaja dan peniaga menerusi DBKL dan MARA. Pendekatan ihsan ini wajar dicontohi oleh PBT lain di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan perniagaan kecil dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, ” katanya.
Jelas PX, mesyuarat turut meneliti pelbagai langkah strategik bagi mendepani ketidaktentuan global dan kesan kenaikan kos sara hidup, termasuk pembangunan Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global serta cadangan penambahbaikan dasar berkaitan bekalan dan harga.
” Mengambil kira impak krisis yang semakin memberi tekanan kepada harga barangan harian, saya telah mengarahkan setiap kementerian untuk menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan supaya sampai kepada kumpulan sasaran serta memastikan tiada yang tercicir, khususnya golongan miskin dan rentan,” kata beliau lagi.
Beliau berkata, MTEN akan terus memberi fokus utama kepada usaha menjamin kelangsungan bekalan serta melindungi rakyat, khususnya golongan rentan dan peniaga kecil agar mereka tidak terus terbeban akibat kejutan ekonomi global.
