π‡π€π‘πˆ ππ„π‹πˆπ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸŽπŸπŸ” π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ„π‹πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ

SEREMBAN, 15 Mei 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di d’Tempat Country Club dan X Park Sendayan dengan penyertaan belia dari seluruh negara serta pelbagai kementerian, agensi dan organisasi belia.

Mengangkat tema β€œMenggerak Belia MADANI”, sambutan HBN edisi ke-62 ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkasa golongan belia sebagai tonggak pembangunan negara menerusi pendekatan yang inklusif, progresif dan berdaya tahan.

Sambutan tahun ini turut signifikan dengan pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] yang menetapkan definisi umur belia kepada 15 hingga sebelum mencapai usia 30 tahun, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi muda yang lebih dinamik, berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran masa hadapan.

Dalam majlis sama, YAB Perdana Menteri turut melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 (PBM 2035) serta inisiatif Rakan Muda MADANI sebagai langkah memperkukuh pembangunan bakat, kepimpinan, jati diri dan sahsiah generasi muda negara.

Pelbagai pengisian menarik turut diadakan sepanjang sambutan HBN 2026 termasuk program kesukarelawanan, inovasi digital, keusahawanan, kesukanan serta aktiviti seni dan kebudayaan yang berjaya menghimpunkan penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *