PERBINCANGAN DUA HALA MALAYSIA-VIETNAM BERHUBUNG ISU ILLEGAL, UNREPORTED, AND UNREGULATED (IUU) FISHING

PUTRAJAYA, 15 Mei 2026 – Mesyuarat dua hala secara dalam talian antara Malaysia dan Vietnam telah diadakan bagi membincangkan isu penangkapan ikan secara haram dalam perairan Malaysia.

Mesyuarat telah dipengerusikan secara bersama oleh Mejar Jeneral Do Quang Phuong, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Awam dan YBhg. Datuk Zulkifli bin Abidin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (K), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Turut hadir adalah wakil daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan (DOF) dan Pasukan Polis Marin (PDRM) serta wakil daripada Kementerian Keselamatan Awam Vietnam dan Polis Wilayah Vietnam.

Fokus utama mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan bentuk kerjasama antara kedua-dua pihak bagi menangani isu penangkapan ikan secara haram.

Ini termasuk isu berhubung penguatkuasaan dan perkongsian maklumat berhubung penguatkuasaan IUU Fishing melalui Asean Network Combating Illegal, Unreported and Unregulated (AN-IUU) Interactive Platform.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *