Kemasukan pelajar UEC ke IPTA tertakluk syarat ketat

IPOH, 16 Mei – Kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih tertakluk kepada syarat ketat sebagaimana yang dikenakan terhadap lepasan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, antara syarat utama bagi melayakkan mereka mendapat tempat di universiti awam ialah wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Sekarang ini sekolah antarabangsa kita letak syarat kan? Sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai, anak-anak Malaysia. Jadi kita syaratkan yang sama.

“.. dan juga Maahad Tahfiz dan sekolah Arab yang dulunya mengajar kurikulum dalam bahasa Arab, tetapi tidak memberi penekanan tentang bahasa Melayu dan Sejarah, kita berikan syarat yang sama. Itulah sebabnya mengapa kita buat keputusan”, kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55, di Ipoh, Perak.

Sumber: RTM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *