
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐จ, ๐ญ๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ โ Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau berjaya merampas dua jenis dadah disyaki Heroin dan Methamphetamine dalam satu operasi khas yang dijalankan di perairan Perak, semalam.
Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Mohd Hairil bin Othman berkata, operasi tersebut dilaksanakan hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi di kawasan muara sungai terpencil.
โDalam operasi tersebut, dua lelaki dikesan berada di dalam sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran. Walau bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya meloloskan diri ke kawasan paya bakau berhampiran sebaik menyedari kehadiran pihak penguat kuasa,โ katanya.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemukan dua jenis dadah yang telah siap dibungkus dan dipercayai untuk tujuan pengedaran dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM12 ribu.
Selain itu, sejumlah wang tunai hampir RM2,500 yang ditemui di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di atas bot tersebut turut dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti transaksi bahan terlarang berkenaan.
Turut dirampas beberapa unit telefon bimbit dan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM40 ribu.
Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan lanjut dan siasatan di bawah undang-undang berkaitan.
Tambah beliau lagi, operasi seumpama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan pengedaran dadah serta jenayah maritim di perairan negara.
