KENYATAAN MEDIA BERKAITAN KEPUTUSAN RAFIZI RAMLI DANNIK NAZMI UMUM KOSONG KERUSI AHLI PARLIMEN DANKELUAR KEADILAN

  1. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) telah menerima rakaman ucapan
    Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen
    Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang umum mengosongkan kerusi
    Parlimen dan keluar daripada parti, hari ini.
  2. KEADILAN menerima hasrat tersebut dan mengikut Fasal 9(1)(c)
    dalam Perlembagaan KEADILAN maka tergugur keanggotaan mereka
    dengan pengisytiharan keluar parti.
  3. Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perkara
    49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas
    bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia
    tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan
    Rakyat sebagai anggota suatu parti politik.
  4. Saya sebagai Setiausaha Agung akan merujuk dua kes Ahli Parlimen
    ini kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat mengenai status Ahli Parlimen
    tersebut berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
  5. KEADILAN juga akan menentukan status keanggotaan Ahli Parlimen
    KEADILAN lain yang hadir ke dalam program tersebut.

Terima Kasih
Dr. Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN
17 Mei 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *