PMX terima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia

Wartawan JM
Foto: Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 MEI 2026

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy, yang bakal menamatkan tempoh perkhidmatan beliau di negara ini tidak lama lagi.

Beliau berkata pertemuan ini turut dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan India yang kini berada pada tahap Kerjasama Strategik Komprehensif.

Jelas beliau sekali gus mencerminkan iltizam bersama dalam memperluas kerjasama merentasi pelbagai bidang termasuk perdagangan, digital, kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan, pendidikan serta hubungan rakyat dengan rakyat.

“Saya turut menyentuh perkembangan positif perdagangan dua hala yang mencecah USD18.59 bilion pada tahun 2025, sekali gus mengekalkan India sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Anwar berkata kerjasama dalam bidang digital dan teknologi baharu juga terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan menerusi penganjuran Mesyuarat Pertama Malaysia–India Digital Council (MIDC) serta MY–India AI Conclave di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sehubungan itu jelas beliau Malaysia akan terus memperkukuh hubungan baik ini demi manfaat bersama, kestabilan serantau serta kemakmuran yang lebih inklusif buat kedua-dua negara. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *