
24 Mei 2026
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat operasi penguatkuasaan bersepadu di seluruh negara bagi memastikan keselamatan rakyat, kestabilan negara dan kedaulatan sempadan sentiasa terpelihara.
💬“Keselamatan rakyat dan kedaulatan negara akan terus menjadi keutamaan KDN melalui tindakan penguatkuasaan bersepadu yang lebih strategik dan berkesan.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Sehingga 24 Mei 2026, sebanyak 829 individu berjaya ditahan hasil tindakan strategik melibatkan operasi bersama PDRM, APMM dan agensi penguat kuasa berkaitan dalam membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan aktiviti menyalahi undang-undang.
Tindakan penguatkuasaan tertumpu di kawasan panas melibatkan laluan darat, laut dan sempadan negara dengan pendekatan smart enforcement yang lebih menyeluruh, tegas dan berterusan demi melindungi kepentingan rakyat.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN) | 24 Mei 2026
