Raja Muda, Raja Puan Muda lawat dua mangsa kebakaran di Padang Besar

Oleh: Sholina Osman
Foto: MAIPs
29 MEI 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menziarahi serta melawat dua mangsa kebakaran yang berlaku di sekitar Padang Besar dalam tempoh beberapa hari ini.

Hadir sama mengiring ialah para pegawai daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis.

Mangsa pertama yang dikunjungi ialah Md Khari Kamis di Kampung Kok Mak yang berlaku pada petang Aidiladha pada rabu ketika mangsa sefang tidur selepas penat baru pulang dari kerja-kerja korban, manakala mangsa kedua ialah Rusemiliawarni Ramli di Felcra Lubuk Sireh pada khamis waktu keluarga beliau tiada di rumah menghadiri satu majlis perkahwinan.

MENYAMPAIKAN SUMBANGAN AWAL

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan awal daripada MAIPs bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Sumbangan itu diharap dapat membantu keperluan segera mangsa selain menjadi simbol sokongan berterusan MAIPs dalam memastikan kebajikan umat Perlis sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berdepan saat-saat sukar dan mencabar.

Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar kedua-dua mangsa dan keluarga terus diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam membina semula kehidupan pasca musibah. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *