
CHINA, 31 Mei – China berjaya melancarkan satelit ujian baharu bagi teknologi internet ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di Wilayah Sichuan, barat daya negara itu, awal pagi Ahad.
Menurut pihak berkuasa China, satelit itu memasuki orbit pada pukul 2.07 pagi waktu Beijing dengan menggunakan roket pembawa Long March-2D.
“Satelit itu akan digunakan untuk melaksanakan ujian serta pengesahan pelbagai teknologi, termasuk sambungan jalur lebar secara langsung antara satelit dan telefon bimbit.
“Selain integrasi rangkaian komunikasi antara angkasa lepas dan bumi,” menurut laporan China Central Television (CCTV).
Pelancaran tersebut merupakan misi penerbangan ke-646 bagi siri roket pembawa Long March milik China. -REUTERS
Sumber berita: RTM
