
1 Jun 2026
SSM melanjutkan tempoh pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) daripada satu tahun kepada dua tahun melibatkan usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS, Politeknik, Kolej, Institut Kemahiran di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Melalui skim ini, pengecualian fi sebanyak RM120 diberikan bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan.
Maklumat lanjut dan soalan lazim (FAQ) berkenaan inisiatif ini boleh diperolehi di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my.
