
KUALA LUMPUR , 1 Jun – Risiko insiden tidak diingini berlaku ketika berada dalam hutan, berupaya dikurangkan menerusi kesiapsiagaan serta pematuhan langkah keselamatan.
Malah, penguasaan ilmu dalam hutan juga dapat membantu dalam membuat keputusan ketika berdepan situasi kecemasan.
Ketua Kumpulan Pendekar Rimba, Mohd Sofian Ujan Empatie berpandangan, hutan mampu menjadi medium terapi yang berkesan kepada pencinta hutan.
Namun, setiap individu perlu berwaspada dengan risiko, sekiranya langkah keselamatan, diabaikan.
“Dalam hutan, kita tidak boleh memandang ringan dengan segala kemungkinan. Persiapan dari segi mental dan fizikal, diperlukan. Walaupun, hutan antara terapi, kita tidak boleh terlalu ‘leka’ dan perlu mempunyai ‘ilmu’.
“Malah, disiplin berkumpulan juga menjadi elemen penting yang perlu dipatuhi setiap peserta sepanjang berada di kawasan hutan. Arahan yang diberi perlu dipatuhi serta mengelak sikap terlalu yakin, sehingga mengabaikan prosedur keselamatan yang ditetapkan,”katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.
Beliau juga mengakui kebanyakkan kes orang sesat dalam hutan adalah apabila mereka bergerak solo.
Sumber berita: RTM
