
ISTANBUL, 1 Jun – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat mengenai Lubnan pada Isnin, sumber diplomatik memberitahu Anadolu
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pertemuan itu berikutan permintaan oleh Perancis, yang menyifatkan operasi ketenteraan berterusan Israel di Lubnan sebagai “sangat membimbangkan.”
Menurut sumber, Rusia “sangat” menyokong permintaan Perancis untuk mesyuarat berkenaan.
Menteri Luar Perancis Jean-Noel Barrot menyatakan permintaan itu pada Ahad, menggesa perhatian antarabangsa segera terhadap situasi tersebut.
Serangan Israel berterusan walaupun gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 17 April dan kemudiannya dilanjutkan selama 45 hari susulan rundingan tidak langsung yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat.
Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, serangan Israel sejak 2 Mac telah membunuh lebih 3,370 orang dan mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Pada Isnin, turut akan berlangsung mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung serangan dron ke atas Romania, yang diadakan atas permintaan negara itu. -BERNAMA-ANADOLU
Sumber berita: RTM
