
Kerajaan MADANI terus memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara menerusi pelancaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Struktur Baharu yang menawarkan pilihan tempoh sah laku sehingga 10 tahun, selaras dengan perkembangan teknologi keselamatan global dan keperluan rakyat masa kini. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memastikan pasport Malaysia kekal sebagai antara dokumen perjalanan yang paling dipercayai di dunia.
โPengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa struktur baharu ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh keselamatan dokumen perjalanan negara, memudahkan urusan rakyat serta memastikan pasport Malaysia terus diiktiraf sebagai antara yang terbaik di peringkat antarabangsa.โ
โ YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Antara penambahbaikan utama PMA struktur baharu ialah:
โ Tempoh sah laku sehingga 10 tahun bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026).
โ 94 ciri keselamatan baharu, hampir dua kali ganda berbanding 49 ciri sebelum ini, merangkumi elemen visual, tersembunyi dan forensik bagi meningkatkan perlindungan daripada pemalsuan.
โ Mematuhi piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO), sekali gus memastikan pasport Malaysia terus diiktiraf dan diyakini di peringkat antarabangsa.
โ Dilaksanakan secara berperingkat di 71 Pejabat Pasport seluruh negara dengan keupayaan mencetak sehingga 60 pasport sejam, menyokong pengeluaran purata 160,000 pasport setiap bulan.
โ Identiti baharu pasport Malaysia menampilkan rama-rama Rajah Brookeโs Birdwing sebagai simbol biodiversiti dan khazanah alam semula jadi negara.
Orang ramai yang masih memiliki pasport yang sah tidak perlu tergesa-gesa membuat pertukaran, kerana pasport sedia ada masih boleh digunakan sehingga menghampiri tempoh tamat sah laku.
Sumber: Siaran Media Kementerian Dalam Negeri โ Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Dengan Tempoh Sah Laku 10 Tahun Mula Dilaksanakan, 30 Jun 2026.
