Kehadiran Nurul Izzah detik manis menceriakan pasangan pengantin

5 Julai 2026

Dalam rangka jadual yang padat membantu calon-calon Pakatan Harapan berkempen, Nurul Izzah Anwar turut meluangkan masa meraikan pasangan pengantin di Felda Mendoi.

Nurul Izzah menghadiri majlis Walimatulurus Mohamad Nur Syahmi dan Nur Atiqah di Dewan Semai Bakti, FELDA Medoi dan Azwa Nabila dan Amirul Azani di Dewan Masjid Bandar IOI .

Turut bersama Timbalan Presiden KEADILAN itu adalah Ahli Parlimen Sikijang Datok Seri Dr. Zaliha Mustafa dan calon-calon PH di kawasan tersebut.

Kehadiran Nurul Izzah meraikan pengantin pastinya menjadi kenangan manis untuk pasangan yersebut.

Ia juga menjadi hari penuh bermakna ini bersama ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat dalam suasana yang begitu meriah serta penuh kasih sayang.

Semoga pasangan mempelai tersebut hiduo bahagia hingga ke syurga.

Tahniah dan selamat pengantin baharu kepada kedua-dua pengantin mempelai.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *