


9 Julai 2026
Dalam sidang media bersama, PMX dan PM Auntin menzahirkan kesepakatan untuk terus memperkukuh dan merealisasikan segala bentuk kerjasama yang telah dipersetujui, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan tekad bersama demi kemakmuran serta kesejahteraan rakyat Malaysia dan Thailand.
PMX dan PM Anutin turut mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian sebagai langkah penting untuk memperkukuh perdagangan dua hala, menjamin keterjaminan bekalan makanan serta memperluas kerjasama dalam sektor pertanian.
Segala kesepakatan yang dicapai di peringkat tertinggi ini harus disusuli dengan tindakan yang tersusun oleh kementerian dan agensi berkaitan agar setiap inisiatif dapat direalisasikan dengan berkesan.
” Insya-Allah, saya menantikan Rundingan Tahunan Malaysia–Thailand yang akan datang di Thailand bagi memastikan momentum kerjasama strategik ini terus diperkukuh, diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, dan membawa manfaat yang lebih besar kepada kedua-dua negara, ” kata PMX
🇲🇾🤝🇹🇭
