
28 Julai 2026
- Hari ini telah berlangsung proses mengundi awal bagi PRU Dewan
Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 yang bermula pada jam 8.00 pagi.
Sejumlah 91.06% atau 14,995 orang pengundi yang terdiri
daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis telah
melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal.
- Sebanyak 38 pusat mengundi awal telah dibuka di seluruh Negeri
Sembilan dan pusat pengundian awal ini ditutup pada jam 12.00
tengah hari (18 pusat mengundi), jam 2.00 petang (2 pusat
mengundi) dan jam 5.00 petang (18 pusat mengundi).
Seramai
16,467 orang anggota tentera dan pasangan serta anggota polis
layak untuk mengundi awal dalam PRU Dewan Negeri, Negeri
Sembilan Ke-16 ini.
- SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah
menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini. - Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), petugas media dan
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas
segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.
DATUK KHAIRUL SHAHRIL BIN IDRUS
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
28 Julai 2026 / 13 Safar 1448H
