
โ ๏ธ Sindiket penipuan kini semakin licik dengan menyamar sebagai pegawai jabatan kerajaan menggunakan teknik “spoofing”!
โก๏ธ Nombor yang tertera di telefon anda nampak seperti nombor rasmiโฆ
โ TAPI SEBENARNYA IA DARIPADA SCAMMER!
๐ต๏ธโโ๏ธ Apa itu Spoofing?
“Spoofing” ialah teknik di mana scammer Menyamar nombor telefon rasmi ๐ , Menghubungi mangsa seolah-olah dari jabatan Kerajaan, Mendesak mangsa beri maklumat atau buat bayaran.
๐ฉ Taktik biasa digunakan: Dakwa anda Terlibat kes mahkamah / hutang, Ada saman atau kes jenayah, Perlu buat bayaran segera
๐ Tujuan utama: Takutkan mangsa supaya cepat bertindak tanpa semak!
โ Ingat: Jabatan rasmi TIDAK akanโฆ
โ Minta pindahan wang melalui telefon
โ Minta OTP / TAC / maklumat bank
โ Desak anda buat keputusan segera
Cara Melindungi Diri Anda:
โ
Jangan beri maklumat peribadi kepada pemanggil yang tidak dikenali.
โ
Semak panggilan tersebut melalui laman rasmi untuk pengesahan.
โ
Kekal tenang dan matikan panggilan sekiranya meragukan.
๐ Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
1๏ธโฃ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2๏ธโฃ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3๏ธโฃ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
๐จ Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
๐ Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
๐ Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐ฎโโ๏ธ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
