KEPUTUSAN PRN KE-16 NEGERI SEMBILAN

Pakatan Harapan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat
Negeri Sembilan yang berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi
dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan.

Sekalung tahniah kepada petugas SPR termasuk pasukan Pesuruhjaya, pegawai
keselamatan, petugas media, sukarelawan, jentera PH, dan setiap pihak yang
terlibat dalam menyumbang kepada proses PRN Ke-16 Negeri Sembilan berjalan
dengan lancar.

Mengikut perkiraan angka terkini, calon Pakatan Harapan mendahului di 11 kerusi
dan menantikan pengesahan rasmi SPR.

Pakatan Harapan merupakan gabungan kedua terbesar yang dipilih oleh rakyat
Negeri Sembilan, sementara Barisan Nasional dilaporkan mendahului di 18 kerusi,
manakala Perikatan Nasional di 7 kerusi.

PRN kali ini memperlihatkan kempen perkauman luar biasa bersifat identiti
hampir sepenuhnya yang mampu menyemai unsur-unsur pemecahbelahan
masyarakat dan negeri.

Sikap ini mampu menimbulkan kegelisahan serta perasaan syak wasangka dalam
kalangan rakyat, terutamanya antara kaum Melayu dan kaum bukan Melayu.

Pakatan Harapan berpendapat bahawa kaedah memajukan Negeri Sembilan dan
Malaysia harus mengutamakan isu-isu asas seperti ekonomi tempatan, peluang pekerjaan generasi muda dan pendidikan anak-anak, kos sara hidup, serta
Tenggara.
kebajikan.

Bukannya dengan politik yang menakut-nakutkan rakyat.

Pakatan Harapan berpendirian bahawa politik berasaskan nilai dan prinsip
mengutamakan martabat rakyat harus diutamakan demi membina negeri dan
negara.

Sementara menantikan pengesahan rasmi, pagi esok, kesemua 36 calon Pakatan
Harapan akan turun menyantuni rakyat Negeri Sembilan di kawasan masing-
masing sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Dan mulai hari Isnin, calon-calon yang telah dipilih oleh rakyat Negeri Sembilan
akan melengkapkan pasukan masing-masing supaya khidmat kepada rakyat di
kawasan dapat didahulukan.

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

DATO’ SERI UTAMA AMINUDDIN HARUN

YB SANY HAMZAN

KHALID SAMAD

FAIZ FADZIL

1 OGOS 2026

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *