BRITISH COLUMBIA ISYTIHAR DARURAT, LEBIH 20,000 PENDUDUK DIPINDAHKAN SUSULAN KEBAKARAN HUTAN

SUMMERLAND, 9 Ogos – British Columbia mengisytiharkan darurat selepas kebakaran hutan Bald Range merebak dengan pantas, memaksa lebih 20,000 penduduk dipindahkan dalam operasi pemindahan terbesar di wilayah itu pada musim panas ini.

Kebakaran berkenaan dilaporkan meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh semalaman, dengan intensiti api yang sangat tinggi.

Premier British Columbia, David Eby berkata, seorang pegawai bomba menyifatkan keadaan kebakaran itu seperti “sebutir bom meletup”, dengan api dilaporkan membakar pokok setinggi 100 kaki dan nyalaan menjulang sehingga 200 kaki.

Operasi memadam kebakaran turut mendapat bantuan anggota bomba dari Mexico, Australia, Perancis dan New Zealand.

Beberapa wilayah lain di Kanada termasuk Ontario dan Quebec turut berdepan kebakaran hutan tahun ini, dipengaruhi keadaan cuaca panas dan kering yang memburukkan lagi risiko kebakaran di kawasan berhutan tebal.

Menurut Pusat Kebakaran Hutan Antara Agensi Kanada, kira-kira empat juta hektar kawasan telah musnah akibat kebakaran hutan di seluruh Kanada tahun ini.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *