๐Ÿšจ PDRM PESAN: JANGAN BIARKAN WANG SIMPANAN ANDA LEBUR! ๐Ÿšจ

13 Ogos 2026

Tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat mungkin kelihatan menarik, namun ia boleh menjadi jerat scam yang menyebabkan kerugian besar.

โš ๏ธ Berwaspada jika tawaran mempunyai tanda-tanda amaran TIPU:

โŒ T โ€“ Tiada risiko kerugian (pelaburan kononnya sentiasa untung)

โŒ I โ€“ Indah khabar dari rupa (mendakwa syarikat berlesen atau patuh syariah tanpa bukti sah)

โŒ P โ€“ Peluang hanya sekali (mendesak anda membuat pelaburan dengan segera)

โŒ U โ€“ Untung besar tidak munasabah dalam masa yang singkat

โœ… Sebelum melabur:

๐Ÿ”Ž Semak status syarikat atau individu melalui laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
๐Ÿ“‹ Rujuk Investor Alert List sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
๐Ÿ’ก Dapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan dipercayai.

๐Ÿšจ Jika anda menjadi mangsa:

๐Ÿ“ž Hubungi hotline bank anda dengan segera.
๐Ÿ“ Laporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
๐Ÿ‘ฎ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ingat! Jika sesuatu pelaburan kedengaran terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, besar kemungkinan ia adalah penipuan.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *