
KUCHING, 18 OGOS – Sejumlah RM99.5 juta telah dibelanjakan sejak 2024 hingga Julai lepas, bagi inisiatif Senior Citizen Health Benefit, SCHB.
Pelaksanaan itu melalui penglibatan 270 klinik panel aktif di seluruh Sarawak.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato’ Sri Fatimah Abdullah, sehingga Julai lepas 233,389 merupakan penerima aktif SCHB.
67,487 daripadanya merupakan warga emas penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, JKMS.
Beliau memberitahu demikian pada Majlis Penyerahan Pelantikan Klinik Panel SCHB di Kuching.
SCHB diperkenalkan pada 2024, merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak yang menyediakan kemudahan rawatan pesakit luar perkhidmatan perubatan dan pergigian tanpa tunai dengan had maksimum RM500.00 setahun untuk warga emas yang layak.
Kemudahan disediakan di klinik panel yang dilantik JKMS dan sedang beroperasi di negeri ini.
Jamalia
Foto: KPWK
