AI KEUPAYAAN STRATEGIK PDRM DEPANI CABARAN JENAYAH MASA HADAPAN

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) kini bukan lagi sekadar teknologi sokongan, sebaliknya merupakan keupayaan strategik yang mampu memperkukuh kecekapan operasi, mempercepatkan tindak balas terhadap jenayah serta menyokong usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Perkara itu disampaikan ketika beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Siasatan Jenayah Moden dan Keselamatan Negara di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, PDRM kini melangkah ke fasa baharu apabila kecekapan dan ketepatan dalam membuat keputusan semakin bergantung kepada kualiti data, automasi dan teknologi berteraskan AI.

Beliau turut berharap ilmu serta kepakaran yang dikongsikan sepanjang seminar dapat diterjemahkan dalam tugasan seharian warga Pasukan bagi mendepani cabaran jenayah yang semakin sofistikated.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen PDRM untuk membudayakan penguasaan teknologi dalam kalangan warga Pasukan, sekali gus memastikan keupayaan kepolisan terus berkembang seiring perubahan teknologi dan bentuk ancaman jenayah masa kini.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan merangkap Penasihat Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Dr. Che Ghazali Che Awang dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *