


Jumlah dagangan barang kemas Malaysia meningkat 10 peratus kepada RM12.13 bilion pada separuh pertama 2026, meneruskan momentum kukuh industri itu yang dicapai pada tahun lepas.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akselerasi Eksport) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) S. Jai Shankar berkata pertumbuhan berterusan itu mencerminkan kekuatan industri barang kemas negara serta peningkatan keyakinan global terhadap keupayaan perdagangan Malaysia.
βJumlah dagangan barang kemas Malaysia melonjak 22.5 peratus kepada RM22.46 bilion pada 2025, paras tertinggi yang pernah dicatatkan, didorong pertumbuhan kukuh dalam eksport dan import,β katanya dalam ucapan pada pelancaran Malaysia Gold Festival 2026 pertama di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata eksport barang kemas meningkat 9.3 peratus kepada RM10.1 bilion pada 2025, dengan barang perhiasan diri menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah eksport, mencerminkan keyakinan kukuh pasaran antarabangsa terhadap hasil pertukangan dan kualiti barang kemas Malaysia.
Import pula melonjak 35.8 peratus kepada RM12.3 bilion, menunjukkan permintaan pengguna domestik yang rancak serta peranan Malaysia yang semakin penting dalam rangkaian bekalan runcit global, katanya.
Sumber dan foto
πΈ fotoBERNAMA
