PM mahu penyampaian, komunikasi kerajaan diperkukuh

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu aspek penyampaian dan komunikasi kerajaan diperkukuh bagi memastikan dasar, usaha serta pembaharuan kerajaan difahami dan dirasai manfaatnya oleh rakyat.

Beliau berkata perkara itu antara yang ditekankan dalam Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan bagi meneliti pengukuhan tadbir urus serta pelaksanaan reformasi pentadbiran kerajaan.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. –

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *