


๐ Pangkalan Udara Subang
Satu Operasi Pembenihan Awan (OPA) khas telah diselaraskan oleh NADMA dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) dan Skuadron 20 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Penerbangan membawa 4 tangki larutan garam mensasarkan pembenihan awan pada di sekitar kawasan Lembah Klang sebagaimana ๐๐ฐ๐ต๐ช๐ค๐ฆ ๐ต๐ฐ ๐๐ช๐ณ๐ฎ๐ฆ๐ฏ(๐๐๐๐๐) yang dikeluarkan oleh CAAM.
Operasi ini diadakan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 melebihi 150 (berstatus jerebu) dalam tempoh 24 jam (28 – 29 Ogos) di kawasan tersebut.
Kebarangkalian terhasilnya hujan di kawasan sasaran dalam tempoh 24 jam ini adalah antara 40% sehingga 60% namun bergantung kepada atmosfera semasa.
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang diselaraskan oleh NADMA diharapkan dapat membantu mengurangkan impak jerebu yang sedang melanda sekaligus dapat memperbaiki kualiti udara di kawasan terjejas.
Semoga sambutan Hari Kebangsaan esok dapat diraikan dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
Turut hadir dalam operasi, Encik Ambun Dindang, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MET Malaysia dan PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin, Timbalan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA.
