PM akhiri lawatan kerja Pulau Pinang dengan kunjungan ke Seri Mutiara

GEORGE TOWN, 29 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang dengan menghadiri majlis minum petang bersama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara, hari ini.

Menurut Anwar, pertemuan itu penting dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri.

Tun Ramli pula menyifatkan kunjungan berkenaan sebagai ruang bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Pulau Pinang dan negara, selain menghargai kesudian Perdana Menteri berkunjung sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *