
BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos – Seramai 11,060 sukarelawan Sahabat MADANI telah berdaftar di seluruh negara, membentuk gerakan kesukarelawanan nasional yang menyatukan masyarakat menerusi khidmat bakti tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
Menurut ICU JPM, Sahabat MADANI memberi tumpuan kepada bantuan kepada golongan memerlukan, pendidikan, peluang kerjaya dan perniagaan belia serta bantuan ketika musibah.
Gerakan itu turut menjadi platform kerjasama antara kerajaan, sukarelawan dan komuniti bagi memastikan bantuan disalurkan secara tersusun berdasarkan keperluan sebenar rakyat.
Sahabat MADANI dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI 2026 di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Bersempena Hari Kebangsaan, rakyat khususnya generasi muda diseru memperkukuh semangat perpaduan, menolak perpecahan serta menyumbang tenaga dan kepakaran demi kesejahteraan bersama.
