Visi Saudi 2030: Madinah perkasa perkhidmatan jemaah, pengunjung

MADINAH, 30 Ogos – Arab Saudi memperkukuh sistem perkhidmatan bersepadu di Madinah bagi menjamin keselesaan, keselamatan dan pengalaman rohani jemaah serta pengunjung Masjid Nabawi.

Antara langkah yang dilaksanakan termasuk pengurusan orang ramai, sanitasi, agihan air Zamzam, kawalan suhu serta penambahbaikan laluan pejalan kaki, kawasan berbumbung dan kemudahan mesra OKU.

Perkhidmatan turut diperluas ke lokasi bersejarah seperti Masjid Quba dan Bukit Uhud, selaras dengan aspirasi Visi Saudi 2030 untuk meningkatkan pengalaman jemaah dan pelancong. – BERNAMA-SPA

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *