
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kira-kira 110,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka bagi memeriahkan Festival Ambang Merdeka 2026, malam tadi.
Festival tiga hari itu menampilkan enam segmen utama yang menggabungkan seni, budaya, hiburan dan teknologi sempena Hari Kebangsaan ke-69.
Antara tarikan utama ialah persembahan dron yang menghiasi ruang udara Dataran Merdeka dengan pelbagai formasi dan corak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh turut menyeru masyarakat agar bersama-sama menjaga kebersihan dan menyayangi Kuala Lumpur.
